Advokasi Parental Control di Perpustakaan
5 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini4 Oktober 2019 – Perpustakaan Desa Kg. Pengkalan Durian telah menjemput PI Linggi untuk membuat pengisian di dalam aktiviti mingguan mereka pada 4 Oktober yang lalu. Memandangkan aktiviti yang diadakan untuk peserta dari golongan ibu-bapa, maka Pengurus PI Linggi Encik Aiman Mudzafar telah menyampaikan Advokasi bertajuk Parental Control kepada mereka.
Taklimat Advokasi ini diadakan selama 1 jam bermula dari jam 11.00 pagi hingga ke jam 12.00 tengahari. Peserta yang hadir adalah seramai 15 orang. Rata-rata peserta merasa kagum bagaimana teknologi dan komputer boleh digunakan untuk memantau penggunaan internet anak-anak bagi mengelakkan gejala-gejala yang tidak diingini. Aiman Mudazafar turut menjemput ibu-bapa tersebut untuk hadir ke PI Linggi bagi mendapatkan keterangan lanjut sekiranya memerlukan khidmat nasihat dari petugas-petugas PI Linggi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: