Kelas Scratch (scratch.mit.edu)

29 November 2019 | Aktiviti Terkini

28 November 2019 – scratch.mit.edu adalah pengaturcaraan grafik yang boleh diguna secara percuma. Pengguna boleh menghasilkan cerita interaktif, permainan, muzik, seni dan persembahan multimedia. Hasil scratch tersebut juga boleh dimuatnaik untuk dilihat oleh komuniti scratch dalam talian. Tujuan kelas ini diadakan adalah utuk memberi pendedahan awal kepada pelajar memandangkan scratch ini sudah mula diajar di sekolah-sekolah melalui program Asas Sains Komputer. Di dalam scratch ini peserta diperkenalkan dengan 3 asas utama iaitu Main board, Sprites dan Editor. Mereka juga di bawa ke ruangan tutorial dimana mereka boleh membukanya sebagai rujukan dengan mengikut langkah demi langkah.

Sebagai permulaan, peserta diberikan 2 latihan iaitu membuat Animasi Nama dan Permainan. Setelah mereka agak mahir, mereka diberi latihan ketiga dimana mereka bebas untuk memilih tema dan jenis rekaan yang hendak mereka buat. Peserta di lihat amat seronok bermain dan belajar aplikasi ini apabila ada yang mencipta animasi Jaringan bola di tiang gol, Singa menari dan macam-macam lagi. Ternyata Scratch adalah sebuah aplikasi yang amat amat penting untuk memberi pemahaman asas pengaturcaraan sebelum pelajar mendalami peringkat lanjutan mahupun menggunakan perisian pengaturcaraan sebenar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali