Powerpoint Smoke Text Effect

28 November 2019 | Aktiviti Terkini

27 November 2019 – Satu kelas mengajar Powerpoint Smoke Text Effect telah diadakan pada 27 November 2019 yang lalu dari jam 10.30 pagi hinga ke jam 12.30 tengahari. Ianya dihadiri oleh seramai 5 orang peserta tersiri daripada pelajar-pelajar sekolah menengah. Di dalam kelas ini peserta ditunjukkan tentang penggunaan smoke text effect di dalam slaid persembahan powerpoint yang mampu menjadikan slaid tersebut lebih menarik.

Selain digunakan sebagai animasi bagi tajuk ianya sesuai dimasukkan di dalam montaj persembahan dan diolah menjadi video yang menarik. Pelajar dibimbing membuat smoke text effect tersebut dari awal hingga ke akhir seperti memilih font, mukar warna background, memasukkan klip asap (smoke) ke slaid dan menambah elemen multimedia yang lain seperti muzik yang sesuai.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali