Personal Class – Norazman Bahruddin 1 Julai 2020

2 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

1 Julai 2020 – Encik Norazman bin Baharudin telah datang ke PI Linggi pada jam 10 pagi untuk menggunakan komputer bagi menyiapkan laporan bagi kerja-kerja kontrak yang telah beliau siapkan. Memandangkan beliau tidak mahir menggunakan komputer dan Microsoft Word, maka beliau meminta bantuan Penolong Pengurus PI Linggi iaitu Puan Norhafidah untuk mengajarnya.

Selama 2 jam, Puan Norhafidah telah mengajar Encik Norazman tentang cara menggunakan Ms. Word, penggunaan format laporan yang betul, cara menyunting gambar dan memasukkannya ke dalam dokumen, cara menyimpan dokumen words ke dalam pdf, cara berkongsi dokumen pdf di dalam whatsapp dan cara share dokumen/ multimedia tanpa perlu forward di whatsapp. Kelas persendirian ini tamat pada jam 12 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali