Latihan Informal Penggunaan Adobe Illustrator
3 Disember 2019 | Aktiviti Terkini2 Disember 2019 – Selain dari kelas-kelas formal yang diadakan di PI Linggi, PI Linggi turut sering menerima permintaan untuk kelas-kelas persendirian atau bantuan tunjuk ajar dari komuniti di sini. Pada hari ini, kami dikunjungi oleh seorang pelajar iaitu Informal Muhammad Aniq Naqiuddin bin Mohd Zahid yang meminta tunjuk ajar tentang cara menggunakan Adobe Illustrator untuk menghasilkan logo.
Antara yang diajar kepada Informal Muhammad Aniq Naqiuddin bin Mohd Zahid ialah cara-cara untuk memuat-turun font, cara-cara memuat-turun vektor dan cara-cara mengubahsuai vektor tersebut sehingga menjadi logo.
Kelas persendirian ini mengambil masa selama 1 jam bermula dari jam 12.00 tengah hari hingga ke 1.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: