Kelas QR Code

27 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

26 Julai 2020 – Kelas QR Code (Quick Respond Code) telah diadakan pada 26 Julai 2020 yang lalu selama 1 jam dari pukul 10.00 hingga 11.00 pagi dan dihadiri oleh seramai 3 orang peserta dari golongan pelajar sekolah menengah. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan kepada peserta tentang QR Code yang semakin banyak diguna pakai semenjak pandemic covid-19 terjadi ini dan secara tidak lansung memberi kefahaman dan pendedahan kepada peserta tentang perkembangan ICT yang banyak membantu dalam kehidupan seharian kita.

Antara yang diajar kepada peserta pada hari tersebut ialah
• Memperkenal kan apa itu QR Code
• Apa beza QR Code dan Bar Code
• Bagaimana QR code berfungsi dalam perkongsian data
• Contoh-contoh data yang boleh digunakan
• Cara membuat QR Code menggunakan aplikasi online secara percuma
• Kelebihan dan kebaikan QR Code pada masa kini

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali