Kursus Keusahawanan Siri-2 - Branding

24 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

23 Disember 2020 – PI Linggi telah mengadakan Kelas Asas Keusahawanan Siri Ke-2 Branding Produk secara Facebook LIVE bermula dari jam 9.00 malam. Penggunaan Facebook LIVE untuk memberikan kelas-kelas usahawan adalah sangat membantu kerana situasi pandemik ini tidak mengizinkan untuk membuat kelas secara berhadapan. Kelas yang diajar oleh Encik Aiman Mudzafar bin Mohamad Khairi (Pengurus PI Linggi) ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan kepada usahawan branding yang berkesan. Topik ini merangkumi logo, rekabentuk produk, warna tema dan Brand Awareness.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali