Kelas Google Assistant
12 September 2019 | Aktiviti Terkini11 September 2020 – Kelas Google Assistant adalah bertujuan untuk memperkenalkan aplikasi dibangunkan oleh google yang dapat membantu memudahkan urusan seharian. Dengan mengetahui tentang teknologi terkini seperti ini, diharapkan dapat memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet serta merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar.
Kelas ini dihadiri oleh 5 orang peserta dan diadakan selama 1 jam dari pukul 3 hingga 4 petang. Apa yang dapat dipelajari pada kelas ini ialah mengetahui Google Assistant dan fungsinya, kelebihan dan kebaikan serta cara menggunakannya. Antara contoh yang diajar pula ialah membuat tetapan jam loceng, membuka flashlight, mencari nama dalam senarai kenalan dan menetapkan peringatan waktu (reminder). Sebelum kelas berakhir, tenaga pengajar turut membuat ulangkaji tentang Google Apps yang lain yang pernah diajar sebelum ini seperti Google Drive, Photo, Lens dan Telegram Bot.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: