Taklimat Advokasi Keselamatan Internet di KKTMR

3 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

2 Januari 2020 - PI Linggi dengan kerjasama PI Kota Pekan dan PI Batang Melaka telah mengadakan satu program Taklimat Advokasi Keselamatan Internet untuk pelajar-pelajar baru di Kolej Kemahiran Tinggi MARA Rembau, Negeri Sembilan. Taklimat ini diadakan bertujuan untuk melaksanakan misi kempen Klik Dengan Bijak iaitu mendidik masyarakat supaya menjadi warga digital yang berliterasi dan bertanggungjawab serta menggalakkan penggunaan internet secara berhemah.

Di dalam taklimat ini, PI Linggi menerangkan mengenai tajuk "Oversharing" dan "Buli Siber", manakala PI Kota Pekan menerangkan tajuk "Online Grooming" dan "Sexting". Tajuk "Maklumat Palsu" dan kesimpulan pula diterangkan oleh PI Batang Melaka. Taklimat ini diadakan selama 2 jam 30 minit bermula dari jam 2.00 petang hingga jam 4.30 petang. Peserta yang hadir adalah seramai 128 orang pelajar dan dihadiri oleh tetamu istimewa iaitu Mohd Khaizan bin Dahlan, Timbalan Pengarah (Khidmat Pengurusan & Hal Ehwal Pelajar).

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali