Microsoft Word: Karangan Hobi & Takimat KDB

23 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

22 Februari 2020 – Pusat Ekonomi Digital Linggi telah mengadakan Kelas Microsoft Word: Karangan Hobi yang bertempat di bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Linggi. Seramai 7 orang peserta yang merupakan pelajar sekolah rendah menyertai kelas. Kelas ini bermula pada pukul 10.00 pagi sehingga 1.00 petang. Kelas ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dalam menggunakan aplikasi Microsoft Word kerana ianya dapat mendidik dalam asas menggunakan aplikasi ini dan tugas yang dibuat ialah membuat karangan hobi setiap peserta.

Ianya akan menarik minat di kalangan pelajar sekolah rendah. Antara pengisian aktiviti kelas ini ialah pengenalan Microsft Word, cara-cara menaip, fungsi-fungsi asas papan kekunci, fungsi-fungsi asas Microsoft Word dan cara memasukkan gambar. Di akhir kelas, peserta diberi taklimat Advokasi Maklumat Palsu dan Scam dan juga permainan KDB “Perasaan” dimana ianya dapat memberikan pengajaran dan cara-cara pencegahan daripada dibuli di alam siber.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali