MIV Bersama Komuniti

6 September 2019 | Aktiviti Terkini

5 September 2020 – Pada 05 September 2020, telah berlangsungnya bengkel MIV secara dalam talian bersama sukarelawan-sukarelawan yang telah berdaftar di seluruh Malaysia melalui Pusat Ekonomi Digital masing-masing bagi tahun 2020. Seramai 2 orang kakitangan Pusat Ekonomi Digital PI Linggi dan juga 2 orang sukarelawan dari komuniti yang telah terlibat untuk bengkel MIV kali ini. Memandangkan seorang daripada sukarelawan komuniti mempunyai urusan lain pada hari tersebut, beliau juga tetap masih dapat mengikuti webinar ini melaui Ms Team melalui telefon.

Bengkel ini telah dikendalikan oleh pihak Jabatan Penglibatan Komuniti, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) secara langsung dari Cyberjaya bermula jam 10.30 pagi – 12.30 tengahari. Antara intipati bengkel pada hari tersebut adalah modul Klik Dengan Bijak (KDB) yang merangkumi topik hak dan tanggungjawab warga digital, maklumat palsu, kawalselia kendiri, portal sebenarnya.my dan kandungan kebebasan bersuara bukan kebebasan berbohong yang telah dikendalikan oleh En. Md. Tahir Musa. Bengkel diteruskan dengan taklimat berkaitan tugasan sukarelawan sepanjang 8 minggu yang dikongsikan oleh Pn. Nur Amanina Che Azemi dan sesi soal jawab bersama sukarelawan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali