Kelas Asas Keusahawanan - Kunci Pemasaran Yang Berkesan
14 Disember 2020 | Aktiviti Terkini13 Disember 2020 – PI Linggi telah mengadakan Kelas Asas Keusahawanan - Kunci Pemasaran Yang Berkesan secara Facebook LIVE bermula dari jam 9.00 malam. Penggunaan Facebook LIVE untuk memberikan kelas-kelas usahawan adalah sangat membantu kerana situasi pandemik ini tidak mengizinkan untuk membuat kelas secara berhadapan. Kelas yang diajar oleh Encik Aiman Mudzafar bin Mohamad Khairi (Pengurus PI Linggi) ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan kepada usahawan kunci-kunci pemasaran yang berkesan. Ianya dapat membantu usahawan lebih memahami konsep pemasaran untuk perniagaan mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: