Kelas Rekabentuk Kad Nama Dan Taklimat Advokasi Online Grooming

19 September 2019 | Aktiviti Terkini

18 Sept 2020 – PI Linggi telah mengadakan Kelas Rekabentuk Kad nama bermula dari jam 3.30 petang sehingga 4.30 petang, ianya dihadiri oleh seramai 5 orang peserta yang terdiri daripada golongan pelajar sekolah menengah. Kelas yang diajar oleh Encik Aiman Mudzafar bin Mohamad Khairi (Pengurus PI Linggi) ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan perisian Adobe Illustrator kepada pelajar sekolah menengah.

Ianya dapat membantu mencungkil kreativiti peserta dengan menghasilkan kad nama, meransang minda dan mengasah kemahiran peserta dalam menggunakan computer dan perisian ini. Selepas tamat kelas ini, diberikan juga kepada peserta taklimat Advokasi Online Grooming bagi mendidik masyarakat supaya menjadi warga digital yang berliterasi dan bertanggungjawab serta menggalakkan penggunaan internet secara berhemah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali