Personal Class – Wan Norma Yusoff
7 Jun 2019 | Aktiviti Terkini6 Jun 2020 – Puan Wan Norma pernah hadir untuk belajar membuat pendaftaran pertubuhan di PI Linggi sebelum ini iaitu sekitar bulan Januari 2020. Memandangkan terdapat beberapa masalah dalam pembentukan ahli jawatankuasa dan juga pembukaan akaun bank, maka pendaftaran yang telah dibuat di dalam sistem eRoses sebelum ini terpaksa dibatalkan dan diganti dengan jawatankuasa dan nama pertubuhan yang baharu. Jadi pada 6 June 2020 dari jam 3-6 petang, PI Linggi sekali lagi memberikan bimbingan dan tunjuk ajar mengenai cara-cara mendaftar pertubuhan NGO di eroses.gov.my.
Melalui website ini, setiausaha pertubuhan perlu memasukkan berbagai maklumat yang dikehendaki antaranya seperti profil, maklumat ahli jawatankuasa, mesyuarat penubuhan, perlembagaan, logo rasmi dan sebagainya. Selain itu, setiap pendaftaran dikenakan bayaran sebanyak RM30 dan dibayar secara perbankan internet melalui FPX. Oleh itu Puan Wan Norma turut diajar cara membuat pembayaran secara online. Kelas persendirian ini mengambil masa kira-kira 3 jam untuk menyiapkan pendaftaran memandang banyak maklumat yang perlu diisi. Selain itu, tenaga pengajar iaitu Penolong Pengurus Norhapidah Mokhtar turut membantu Puan Wan Norma belajar cara-cara mencari contoh-contoh perlembagan melalui google search.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: