Personal Class Norain Ariffin : Statistik

28 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

27 Ogos 2020 – Puan Nor Ain Ariffin bertugas di Perpustakaan Desa Kampung Pengkalan Durian. Antara tugas rutin beliau adalah menyiapkan statistik pengunjung yang datang ke perpustakaan tersebut. Puan Nor Ain Ariffin telah datang ke PI Linggi untuk mendapatkan tunjuk ajar untuk memahirkan diri dalam penggunakan Microsoft Excel bagi memudahkan beliau menyiapkan tugasan laporan yang diperlukan.

Beliau diajar oleh Penolong Pengurus itu Norhapidah Mokhtar. Antara yang dipelajari Puan Nor Ain dalam tempoh 1 jam pembelajaran ini ialah, cara menformat angka, mengubah data menjadi tabel atau carta grafik. Beliau turut diajar cara mencetak excel yang sempurna dengan melaraskan page layout, mengatur print area, menggunakan wrap text, mengatur orientation, margin dan scaling.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali