Pembelajaran Elearning Abcya.Com Dan Pictionary Lukis Dan Teka
13 Januari 2020 | Aktiviti Terkini12 Januari 2020 – Pusat Ekonomi Digital Linggi telah mengadakan Kelas Pembelajaran eLearning Abcya.com yang bertempat di bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Linggi pada 12 Januari 2020. Seramai 4 orang peserta yang merupakan pelajar sekolah rendah menyertai kelas. Kelas ini bermula pada pukul 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari.
Kelas ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dalam pembelajaran digital menggunakan aplikasi abcya.com kerana ianya berbentuk permainan yang boleh menarik minat di kalangan pelajar sekolah rendah. Antara pengisian aktiviti kelas ini ialah pemilihan permainan pembelajaran yang sesuai, permainan mengeja menggunakan huruf-huruf yang diberikan, permainan matematik dan permainan Pictionary Lukis dan Teka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: