Personal Class – Janagarajen A/L Ramankutty
24 Februari 2021 | Aktiviti Terkini23 Februari 2021 – Pusat Ekonomi Digital Komuniti Linggi dikunjungi oleh Encik Janagarajen A/L Ramankutty untuk membuat Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan (TUNS).
Encik Janagarajen adalah seorang peniaga perusahaan Homestay di Kampung Linggi, Negeri Sembilan. Beliau sering menggunakan khidmat Pusat Ekonomi Digital Komuniti Linggi bagi membuat sebarang dokumen berkaitan perniagaan beliau.
Di dalam sesi ini, peserta diberi penerangan mengenai kelayakan permohonan, kelayakan perniagaan, komponen pembiayaan, dokumen sokongan, pengesahan dokumen dan perbankan online bagi bayaran pendaftaran.
Setelah siap sesi penerangan, barulah diteruskan dengan cara-cara menyiapkan permohonan, mengisi borang, mengimbas dokumen yang diperlukan, memuatnaik dokumen ke laman web dan seterusnya menghantar permohonan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: