Kelas Online Learning Games di ABCya.com dan Taklimat Advokasi

18 November 2021 | Aktiviti Terkini

17 November 2021 – Satu kelas telah diadakan pada hari Rabu, 17 November yang lalu dan dihadiri oleh seramai 6 orang pelajar Sekolah Rendah. Peserta diajar tentang satu laman web yang di beri nama ABCya.com di mana ia menyediakan permainan dan aktiviti pendidikan untuk kanak-kanak sekolah rendah. Permainan di tapak web disusun mengikut peringkat gred dari pra-tadika hingga darjah 6 serta ke dalam kategori subjek seperti huruf, nombor, skil dan strategi.

Tujuan kelas ini diaadakan adalah untuk Memberi pendedahan kepada pelajar sekolah tentang laman web yang berfaedah untuk pembelajaran, Melatih kreativiti dan daya berfikir peserta dengan bermain permainan yang mencabar minda dan Menyampaikan advokasi kepada peserta tentang pentingnya menjaga keselamatan semasa melayari internet.

Kelas yang diajar oleh Norhapidah, Penolong Pengurus PIK Linggi ini telah berlansung selama 2 jam bermula dari pukul 10.30 pagi dan tamat pada jam 12.30 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali