Kelas Personal - Menyiapkan aduan mengenai majikan ke JTK 2.0
2 September 2021 | Aktiviti Terkini1 September 2021 – Puan Hidayu Ab. Hamid hadir sekali lagi buat kali ke-2 ke PIK Linggi bagi belajar cara membuat aduan ke JTK. Tujuan kedatangannya kali ini adalah bagi menyiapkan aduan yang pernah dibuatnya sebelum ini. Memandangkan banyak maklumat yang perlu dikumpulkan dan kekangan masa yang dihadapi oleh Puan Hidayu, jadi beliau tidak dapat menyiapkan nya sebelum ini.
Apa yang dipelajari oleh beliau pada hari ini adalah sama seperti sebelum ini ketika beliau hadir pada 25 Ogos 2021 yang lalu iaitu mencari maklumat di Google Search, Perbankan Internet dan Menaip Surat Rasmi menggunakan Ms. Word. Tempoh masa yang diperuntukkan pada hari ini adalah selama 2 jam dari pukul 10 pagi hingga 12 tengahari. Puan Hidayu juga berkata yang sahabat yang senasib dengan beliau turut berminat untuk membuat aduan yang sama setelah melihat Puan Hidayu berjaya selesai membuat aduan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: