PEDi Linggi Banjir Lagi - Perkhidmatan terhenti sementara

19 Disember 2021 | Aktiviti Terkini

18 Disember 2021 – PEDi Linggi dilanda banjir buat kali kedua bagi tahun ini dan ketiga secara kesuluruhan. Apabila melihat hujan yang lebat sepanjang hari dari siang hingga ke malam, kedua-dua staf PEDi telah pun membuat persiapan banjir dengan meletakkan barang dan perabot di tempat yang lebih tinggi. Tetapi malangnya banjir kali ini adalah paling teruk apabila ainya mencecah ke paras yang paling tinggi berbanding sebelum ini iaitu hingga ke paras dada. Banjir ini memakan masa selama 2 hari dan mula surut pada pagi 20 Disember 2021. Maka dengan itu segala urusan perkhidmatan di PEDi Linggi dihentikan buat sementara waktu sehingga diberitahu.

Jika terdapat sebarang urusan, boleh hubungi :
Pengurus – Aiman Mudazafar (013-2258745)
Pen. Pengurus – Norhapidah (018-3626325)

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali