Tutorial Rekod Jualan Menggunakan Microsoft Excel

23 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

22 Jun 2021 – Bersempena Tempoh Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0) dijalankan, Pusat Ekonomi Digital Komuniti Linggi mengambil inisiatif untuk membuat video tutorial secara online menggunakan media sosial Facebook.

Tutorial yang diberikan adalah cara untuk merekodkan jualan menggunakan Microsoft Excel. Di dalam video ini diajar secara sistematik pengiraan jualan menggunakan fungsi “AutoSum” bagi Harga Jualan, Modal dan Untung, membuat senarai menggunakan “Row” dan “Column” dan juga cara membuat “Fill Color” di setiap “Row”.

Video sistem rekod jualan ini dibuat bagi memudahkan usahawan terutamanya usahawan yang berniaga secara online dalam merekodkan hasil jualan mereka.

Video tutorial ini boleh diakses di media sosial Facebook Pusat Ekonomi Digital Komuniti Linggi menggunakan pautan https://www.facebook.com/watch/?v=391663692245522 .

Diharap tutorial ini dapat membantu usahawan menyelesaikan masalah merekodkan jualan mereka sekaligus memberikan pulangan dalam perniagaan mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali