Pendaftaran dan Kemaskini BPR Online Januari 2021

1 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

31 Januari 2021 – Sempena dengan pengumuman kerajaan mengenai tempoh permohonan dan pengemaskinian Bantuan Prihatin Rakyat 2021 (BPR 2021) yang dibuka mulai 15 Januari 2021 hingga 15 Februari 2021, ramai yang telah hadir ke Pusat Ekonomi Digital Komuniti (PIK) Linggi untuk menyelesaikan urusan permohonan tersebut sambil dibantu oleh staf-staf PIK Linggi.

BPR 2021 yang dahulunya dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup (BSH) memperkenalkan sistem baru dimana pemohon perlu mendaftar MyBPR untuk tujuan log masuk untuk urusan Kemas Kini Permohonan, Semakan Status Permohonan, Cetakan Permohonan, Peti Mel atau memberi Maklum Balas. Berbanding dengan sebelum ini, dimana sesiapa saja boleh menyemak status permohonan dengan hanya memasukkan nombor kad pengenalan sahaja,

kini kaedah login melalui MyBPR ternyata lebih selamat. Namun begitu, ada sesetengah pemohon yang menghadapi kesukaran kerana tidak mahir mengenainya.

PIK Linggi mengajar pemohon BPR tentang perbezaan dan fungsi di antara Kata Kunci Keselamatan (Secureword) dan Kata Laluan (Password) di dalam MY BPR ini sambil memberikan sedikit advokasi mengenai ‘Tips Mencipta Kata Laluan yang Kukuh dan Selamat’.

Setelah siap pendaftaran MyBPR dan mengajar pemohon cara untuk log masuk, barulah diteruskan dengan cara-cara menyiapkan permohonan/ kemaskini, mengisi borang, mengimbas dokumen yang diperlukan, memuatnaik dokumen ke laman web dan seterusnya menghantar permohonan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali