Personal Class_Membuat Aduan Mengenai Majikan Ke JTK
26 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini25 Ogos 2021– Puan Hidayu Ab. Hamid telah hadir ke PIK Linggi untuk meminta bantuan tunjuk ajar tentang cara-cara membuat aduan mengenai majikan ke Jabatan Tenaga Kerja (JTK). Majikan Puan Hidayu telah engkar perintah gaji minimum dan juga menipu pembayaran gaji beliau dan beberapa orang sahabatnya di tempat kerja. Gaji yang diterimanya bukan sahaja dibayar di bawah gaji minima malah jumlah gaji yang dimasukkan ke dalam akaun bank nya juga tidak serupa iaitu kurang dari yang dinyatakan di dalam penyata gaji. Penolong Pengurus PIK telah membantu Puan Hidayu untuk membuat rujukan di internet menggunakan google search, seperti mendapatkan cara dan alamat perhubungan pejabat Jabatan Tenaga Kerja, maklumat mengenai Akta Perundingan Gaji Negara 2011 – Perintah Gaji Minimun 2020 dan Tanggungjawab majikan mengikut undang-undang buruh. Seterusnya setelah mendapat segala maklumat, Puan Hidayu telah diajar cara memuat turun penyata akaun bank nya melalui CIMB clicks, Menaip surat aduan rasmi menggunakan Ms Word dan juga menggunakan email. Sesi kelas persendirian bersama Puan Hidayu ini berlansung selama 1 jam dan tamat pada jam 11 pagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: