Personal Class : Cara buat Freeze Panes
5 Februari 2021 | Aktiviti Terkini4 Februari 2021 – Encik Tiow Hu Gee yang tinggal menginap di sebuah lot kedai milik adiknya yang berhampiran dengan PIK Linggi banyak menggunakan Microsoft Excel bagi membantu adiknya melakukan kerja-kerja pengiraan akaun di kedai tersebut. Beliau hadir ke PIK Linggi dan menyatakan masalah yang dihadapinya ketika menggunakan Excel kepada Penolong Pengurus iaitu Puan Norhapidah Mokhtar.
Apa yang dihadapi oleh Encik Tiow Hu Gee ialah, beliau mengalami kesukaran ketika ingin mengisikan data ke dalam lembaran kerja/ worksheet excel nya apabila baris menjadi semakin banyak dan ketika di skrol kebawah beliau sukar untuk melihat baris yang di atas. Norhapidah serta merta mengenal pasti punca kepada masalahnya dan terus mengajar teknik menggunakan freeze panes kepada beliau sehingga faham.
Fungsi Freeze Panes digunakan untuk membekukan baris atau kolum pada worksheet atau lembaran kerja excel. Tujuannya adalah supaya apabila kita skrol data ke bawah atau ke tepi, maka kolum atau baris itu akan tetap dapat dilihat dan tidak ikut bergerak. Kelas diadakan selama 15 minit sahaja dari jam 11 pagi hingga 11.15 pagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: