Staff Training - Mobile Apps Development for Beginners
14 Disember 2021 | Aktiviti Terkini13 Disember 2021 - Pengurusan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) iaitu Sprintz Designs Sdn. Bhd. telah mengadakan kursus secara atas talian bertajuk Mobile Apps Development for Beginners untuk staf PEDi daripada Putrajaya dan Linggi secara atas talian. Mobile Apps Development for Beginners telah dihadiri oleh Pengurus dan Penolong Pengurus dari PEDi Presint 9 Fasa 3, Presint 9 Fasa 10, Presint 16, Presint 18 dan Linggi iaitu seramai 10 orang. Latihan ini telah diadakan sebanyak dua sesi bermula pada pukul 8:30 pagi sehingga 5:00 petang. Pengisian latihan adalah pengenalan kepada handphone revolution, landing page menggunakan website mylink.la, mobile apps development dan publish Google Apps Store. Staf PEDi diberi tugasan untuk mencipta landing page produk bisnes untuk aplikasi telefon pintar. Kursus Mobile Apps Development for Beginners ini telah diadakan pada 13 Disember 2021, Isnin yang lalu. Pengajar bagi kursus ini adalah Tuan Ariffudin Othman dari Yes Academy.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: