Kelas Personal – Pembaharuan LKM melalui portal MySikap JPJ

26 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini

25 Ogos 2021– Pada pukul 2.00 petang, Encik Ahmad Sulhan bin Ariffin telah hadir ke PIK Linggi untuk mendapatkan tunjuk ajar mengenai cara-cara membuat pembaharuan Lesen Kenderaan Motor secara online. Bagi mengurangan kesesakan di kaunter-kaunter JPJ di musim pandemik ini, JPJ telah menggalakkan orang ramai untuk menggunakan portal jabatan mereka iaitu MySikap di jpj.gov.my bagi melakukan sebarang urusan seperti pembaharuan Lesen Memandu (LMM), Lesen Kenderaan Motor Persendirian (LKM), pembayaran saman dan sebagainya.

Penolong Pengurus PIK Linggi telah mengajar Encik Ahmad Sulhan cara mendaftar di portal tersebut, cara memohon pembaharuan LKM dan membayar harga perkhidmatan melalui perbankan internet. Urusan dilakukan dalam tempoh kira-kira 1 jam. Memandangkan Encik Ahmad Sulhan baru sahaja membeli kereta baharu yang lain. Beliau juga berhajat untuk membuat pertukaran nama pemilik melalui portal tersebut, tetapi malangnya tidak boleh kerana urusan pertukaran nama memerlukan pengesahan biometrik yakni perlu berurusan di kaunter. Oleh itu, beliau diajar cara untuk membuat temujanji online bagi urusan di kaunter tetapi semua tarikh sudah penuh. Penolong Pengurus juga mengajar Encik Ahmad Sulhan membuat pendaftaran di MyEG untuk menggunakan agen bagi memudahkan urusan tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali