Personal Class_Pembahruan LKM di portal MySikap JPJ

12 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini

11 Ogos 2021– Bagi mengurangan kesesakan di kaunter-kaunter JPJ di musim pandemik ini, JPJ telah menggalakkan orang ramai untuk menggunakan portal jabatan mereka iaitu MySikap di jpj.gov.my bagi melakukan sebarang urusan seperti pembaharuan Lesen Memandu (LMM), Lesen Kenderaan Motor Persendirian (LKM), pembayaran saman dan sebagainya. Encik Ahmad Taib yang sebelum ini selalu membuat urusan tersebut di pejabat pos telah hadir ke PIK Linggi untuk mendapatkan bantuan.

Pada awalnya, beliau datang untuk belajar cara menempah temujanji dengan pejabat pos secara online di portal Pos Malaysia, tetapi setelah diperiksa, tarikh temujanji sudah penuh sepanjang bulan Ogos ini, maka staf PIK Linggi yang bertugas iaitu Norhafidah Mokhtar menasihatkan agar Encik Ahmad terus membuat urusan secara online sahaja di portal MySikap JPJ agar dapat diselesaikan dengan lebih mudah dan cepat. Memandangkan Encik Ahmad tidak mahir menggunakan computer, beliau telah diajar satu demi satu cara untuk membuat pendaftaran dan permohonan di portal MySikap, mencipta kata laluan yang selamat, menyemak dan membuat pengesahan akaun melalui emel, pembayaran secara perbankan atas talian bagi caj perkhdmatan melalui FPX dan seterusnya memuat turun, mencetak dan menyimpan penyata, resit dan invois bagi urusan tersebut. Sebelum pulang, Encik Ahmad turut meminta diajar cara menyemak dan menangkap layar Sijil Digital Vaksin Covid-19 melalui aplikasi MySejahtera milik beliau.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali