Personal Class – Permohonan TUNS

13 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

12 Mac 2021 – Pusat Ekonomi Digital Komuniti Linggi dikunjungi oleh Pn. Fatin Najiha untuk membuat Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan (TUNS). Pn. Fatin adalah seorang peniaga perusahaan membuat kek di Linggi, Negeri Sembilan. Beliau sering menggunakan khidmat Pusat Ekonomi Digital Komuniti Linggi bagi membuat sebarang dokumen berkaitan perniagaan beliau.

Di dalam sesi ini, peserta diberi penerangan mengenai kelayakan permohonan, kelayakan perniagaan, komponen pembiayaan, dokumen sokongan, pengesahan dokumen dan perbankan online bagi bayaran pendaftaran. Setelah siap sesi penerangan, barulah diteruskan dengan cara-cara menyiapkan permohonan, mengisi borang, mengimbas dokumen yang diperlukan, memuatnaik dokumen ke laman web dan seterusnya menghantar permohonan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali