Certification In Sales & Marketing Fundamentals & Strategy Course Creating Self-Employer
4 Disember 2021 | Aktiviti Terkini3 December 2021 – Ehsan Plant & Property Sdn Bhd dengan kerjasama Yes Academy telah menganjurkan Certification In Sales & Marketing Fundamentals & Strategy Course Creating Self-Employer. Seramai beberapa orang staf dari Pusat Ekonomi Digital (PEDi) yang terpilih dan usahawan-usahawan setiap (PEDi) telah menyertai program ini yang telah berlangsung selama 5 hari berturut-turut bermula pada tarikh 29 November 2021 – 3 Disember bermula jam 9.00 pagi – 5.00 petang.
Kursus ini menyediakan latihan sejajar dengan keperluan pemasaran digital khas kepada usahawan – usahawan di Malaysia. Latihan pemasaran digital adalah untuk golongan B40 mempelajari kemahiran tinggi pemasaran untuk mahir menggunakan Internet dan teknologi web untuk mencapai dan mempengaruhi pelanggan yang disasarkan dalam bidang perniagaan atau pekerjaan di Malaysia. Bagi mengikuti saranan kerajaan dalam Prosedur Tetap Operasi (SOP), sesi ini telah berlangsung secara atas talian menggunakan aplikasi Google Meet. Peserta juga telah diberi modul-modul pembelajaran secara atas talian berbentuk persembahan slaid supaya peserta-peserta mudah memahami topik-topik yang telah diterangkan secara maya.
Wakil daripada pihak penganjur iaitu Encik Jefri Irwan Harris sebagai salah seorang tenaga pengajar telah berkongsi pelbagai ilmu pengetahuan yang bermanfaat sepanjang latihan ini berlangsung. Turut disertai dalam program ini wakil dari Ernst & Young PLT Encik Farish Harris selaku Penolong Pengurus EY Parthenon – Turnaround and Restructuring Strategy. Topik yang telah di ajar oleh Encik Farish Harris ialah “Control Financial”, “Financial Statement” dan “Personal Financial”. Seterusnya, Puan Ain Wawa selaku wakil dari pihak penganjur telah menjadi salah seorang penceramah ataupun tenaga pengajar. Puan Ain Wawa memberi ceramah tentang topik “How to Empower Your Sales”. Banyak ilmu yang telah dipelajari hasil daripada kursus ini bukan saja dari tenaga pengajar, malah perkongsian pengalaman dan ilmu daripada usahawan-usahawan yang turut terlibat menyertai kursus ini. Diharap sedikit sebanyak dapat digunakan untuk kegunaan sendiri dan juga dikongsi kepada komuniti khususnya bakal-bakal usahawan sekitar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: