Seminar Pemerkasaan Advokasi Komuniti Di Peringkat N.Sembilan

2 Disember 2021 | Aktiviti Terkini

1 Disember 2021 - Pusat Ekonomi Digital Linggi (PEDi) mengikuti Seminar Pemerkasaan Advokasi Komuniti Di Peringkat Negeri Sembilan Bagi Tahun 2021 secara atas talian yang dianjurkan oleh MCMC Negeri Sembilan buat semua staf PEDi di Negeri Sembilan. Advokasi ini berlangsung bermula pada pukul 8.30 pagi – 1.30 tengah hari. Penganjuran seminar ini bertujuan untuk memberi penekanan terhadap penyelarasan hala tuju inisiatif MCMC dan memperkasakan program pendigitalan komuniti di peringkat Negeri Sembilan. Penyertaan seminar ini adalah dikhususkan untuk pihak industri komunikasi dan kakitangan Pusat Ekonomi Digital (PEDI) di seluruh Negeri Sembilan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali