Kelas Basic Ms Word dan Advokasi Keselamatan Komputer

14 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

13 Mac 2021– Pusat Ekonomi Digital Linggi telah mengadakan Kelas Asas Microsoft Word dan Advokasi Keselatam Komputer yang bertempat di bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Linggi. Seramai 3 orang peserta yang menyertai dan kelas ini bermula pada pukul 10.00 pagi sehingga 1.00 petang. Kelas ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada komuniti setempat dalam menggunakan aplikasi Microsoft Word kerana ianya dapat mendidik dalam asas menggunakan aplikasi ini.

Antara pengisian aktiviti kelas ini ialah pengenalan Microsft Word, cara-cara menaip, fungsi-fungsi asas papan kekunci, fungsi-fungsi asas Microsoft Word dan cara memasukkan gambar. Di akhir kelas, peserta diberi taklimat Advokasi Keselamatan Komputer dimana ianya dapat memberikan pengajaran dan cara-cara pencegahan daripada data dicuri dan keselamatan dalam perbankan online.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali