Teamwork That Work
24 November 2022 | Aktiviti Terkini23 November 2022, Rabu – Pengurusan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) iaitu Sprintz Designs Sdn. Bhd telah mengadakan Kursus secara atas talian bertajuk ‘Kerja Berpasukan Yang Berfungsi’ untuk staf Pusat Ekonomi Digital (PEDI) daripada Putrajaya dan Linggi secara atas talian. Kursus Kerja Berpasukan Yang Berfungsi telah dihadiri oleh 9 staf pengurus dan penolong pengurus dari Pusat Ekonomi Digital (PEDI) Presint 9 Fasa 3, Presint 9 Fasa 10, Presint 16, Presint 18 dan Linggi.
Objektif kursus:
1. Dapat memberi semangat berpasukan yang berkualiti di dalam kalangan rakan sekerja
2. Dapat mengenal pasti cara untuk mengendalikan dan menyelesaikan isu di tempat kerja dan rakan sekerja yang berkaitan dengan kerja berpasukan.
3. Dapat membina hubungan kerja berpasukan yang baik bersama rakan sekerja.
Semasa sesi kursus berlangsung staf-staf PEDi dibahagi kepada beberapa kumpulan kecil untuk membincangkan kajian kes yang berkaitan dengan kepimpinan didalam kumpulan. Sesi petang, sesi diteruskan dengan kerja berkumpulan berdasarkan cara kita bekerja, aktiviti yang dijalankan seperti Bingo, Time Management Instruction, cara menyelesaikan masalah berpandukan kajian kes serta pembahagian tugasan didalam kumpulan. Kursus ini telah diadakan sebanyak dua sesi, sesi pertama bermula pada pukul 09:00 pagi sehingga 12:00 tengah hari dan sesi kedua 1:30 sehingga 5:00 petang.
Kursus Kerja Berpasukan Yang Berfungsi telah disampaikan oleh Puan Cantiynia Ringos dari Redtone Sdn. Bhd.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: