Personal Class Kamarudin – Pengurusan Harta di My eTapp
25 September 2022 | Aktiviti Terkini24 September 2022 – Kelas ini diadakan untuk membantu peserta iaitu encik Kamarudin yang ingin menguruskan harta pusaka melalui aplikasi online Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan di https://www.myetapp.gov.my .
Pengurusan tanah pusaka yang dahulu lazimnya di lakukan di Pejabat Tanah, kini harus dibuat melalui website secara online. Maka dengan itu ramai lah warga emas yang ingin membuat urusan mengalami kesulitan kerana tidak mahir dengan penggunaan komputer dan internet. PEDi Linggi membantu mereka agar urusan dapat diselesaikan dengan lebih cepat dan mudah.
Encik Kamarudin mendapati tanah milik arwah ibunya terdapat masalah dalam penamaan. Beliau sudah berkunjung ke pejabat tanah tetapi diarahkan untuk mengisi borang secara online. Di PEDi Linggi beliau diajar cara Membuat pendaftaran profil pengguna, Memilih dan memastikan borang yang betul untuk diisi bergantung kepada jenis urusan yang ingin dibuat
Isi borang dengan tepat dan hantar serta seterusnya menunggu maklum balas dari jabatan.
Kelas persendirian ini berlansung selama 2 jam dan diajar oleh Penolong Pengurus iaitu Puan Norhapidah Mokhtar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: