Personal Class - Norhazura binti Borhan - Pendaftaran SSM
6 Julai 2022 | Aktiviti Terkini5 Julai 2022 – Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Linggi dikunjungi oleh Puan Norhazura binti Borhan bersama suami beliau untuk membuat Permohonan Pendaftaran Portal Online Lesen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Puan Norhazura adalah seorang peniaga gerai Takoyaki di Pekan Linggi, Negeri Sembilan. Beliau sering menggunakan khidmat PEDi Linggi bagi membuat sebarang dokumen berkaitan perniagaan beliau. Setelah siap pendaftaran Sistem EZbiz Online dan mengajar pemohon cara untuk log masuk, barulah diteruskan dengan cara-cara menyiapkan permohonan/ kemaskini, mengisi borang, mengimbas dokumen yang diperlukan, memuatnaik dokumen ke laman web dan seterusnya menghantar permohonan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: