Personal Class_Zaty & Hamirul_Permohonan TUNS

23 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

22 Mac 2022 – Pengurus PEDi Linggi telah mengajar sepasang suami isteri iaitu Izzatty Syahira dan Hamirul Hizwan tentang cara-cara membuat permohonan Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan atau singkatannya TUNS. Proses permohonan yang agak rumit dengan borang yang banyak perlu diisi serta banyak dokumen yang perlu disertakan membuatkan pasangan suami isteri tersebut agak sukar untuk menyiapkan permohonan. Namun atas tunjuk ajar dan bantuan dari staff PEDi Linggi, akhirnya beliau berjaya menghantar permohonan mereka tersebut. Kelas telah diadakan di rumah Pengurus PEDi Linggi sendiri memandangkan PEDi Linggi masih belum dibuka lagi kepada orang ramai setelah rosak akibat banjir pada bulan Disember yang lalu. Kelas berlansung selama 2 jam dari pukul 8 hingga 10 malam.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali