Kaunter Perkeso di PEDi Linggi

19 Januari 2023 | Aktiviti Terkini

18 Januari 2023 – Perkeso Negeri Sembilan telah mengadakan siri Jelajah Prihatin Perkeso di Pekan Linggi dan PEDi Linggi menjemput mereka untuk membuka kaunter di PEDi agar dapat memberi keselesaan kepada komuniti Linggi untuk membuat urusan.

Penduduk di Linggi memberi sambutan yang amat menggalakkan dan ramai mengambil kesempatan ini untuk membuat urusan dengan Perkeso yang mungkin selama ini tertangguh akibat faktor jarak dan masa serta kesibukan masing-masing.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah seperti Pendaftaran majikan dan pekerja, Pendaftaran Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri, Sistem Insurans Pekerjaan dan Pendaftaran Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah.

Selain dari membuka kaunter di PEDi Linggi, ada juga beberapa petugas yang berkunjung ke kedai-kedai di Pekan Linggi untuk memberi hebahan dan penerangan mengenai perkhidmatan mereka ini. Jelajah ini diadakan bermula jam 10 pagi dan tamat pada jam 3 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali