Personal Class Chandra – Buat Flyers Menggunakan Word

5 September 2023 | Aktiviti Terkini

4 September 2023 – Puan Chandrasuria telah hadir ke PEDi Linggi untuk belajar membuat Flyers mengenai Trip Pelancongan Ke Cameron Highlands yang dianjurkan olehnya. Beliau ingin membuat hebahan di aplikasi Whatsapp dan juga berbentuk cetakan.

Pengurus PEDi mengajar Puan Chandra membuat Flyers dengan menggunakan Microsoft Word kerana ianya lebih mudah bagi beliau yang tidak mempunyai kemahiran lansung dalam penggunaan aplikasi tersebut,

Beliau diajar cara memasukkan teks, menukar font dan menyusun perenggan. Seterusnya beliau diajar cara membuat carian imej di Google Search bagi memasukkan elemen gambar dan menjadikan flyers beliau lebih menarik. Setelah siap semuanya, Puan Chandra diajar cara menukarkarkan file bentuk dokumen kepada format pdf dan seterusnya jpeg bagi memudahkan perkongsian di whatsapp. Beliau turut membuat Salinan dalam bentuk cetakan untuk diedarkan nanti. Kelas berlansung selama1 jam setengah bermula dari 3.30 petang hingga 5.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali