Kelas Asas Komputer (Laptop) & Microsoft Word
9 Julai 2023 | Aktiviti TerkiniPEDi Linggi telah mengadakan kelas ICT yang bertajuk Kelas Asas Komputer (Laptop) dan Microsoft Word. Kelas ini adalah kesinambungan kepada Kelas Asas Komputer (Tablet) yang telah diadakan pada 2 minggu yang lepas. Kali ini kelas dihadiri oleh seramai 2 orang peserta berumur 6 dan 7 tahun.
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memperkenalkan komputer dan cara menggunakannya kepada kanak-kanak, di mana kebelakangan ini kanak-kanak lebih cenderung menggunakan telefon pintar yang bersifat skrin sentuh, sedangkan pengunaan komputer desktop atau laptop memerlukan banyak pergerakan tangan dalam penggunaan keyboard dan tetikus. Ini boleh membantu melatih kemahiran motor halus melalui pergerakan jari jemari mereka.
Melalui kelas ini, mereka diperkenalkan dengan komputer dan perkakasannya seperti monitor, tetikus, papan kekunci, CPU dan sebagainya, Memperkenalkan mereka dengan istilah ICT yang digunakan seperti data, maklumat, input, output, proses dan fail dan Pengenalan kepada Windows.
Selain itu mereka juga diajar cara menaip dokumen menggunakan Ms. Word iaitu cara menulis teks, menukar format teks, mengawal perenggan dan memasukkan gambar. Kelas diadakan selama 3 jam bermula dari 10 pagi hingga 1 tengahari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: