Taklimat Advokasi Bersama Kemas Negeri Sembilan – Keibubapaan Digital (Ancaman Siber)

24 September 2023 | Aktiviti Terkini

23 September 2023 – PEDi Linggi telah berkolaborasi bersama MCMC Negeri Sembilan dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Sembilan melalui kerjasama rakan strategik telah menjayakan Program Wanita Inspirasiku yang diadakan pada 23 September 2023 (Sabtu), bertempat di Dataran Teluk Kemang, Port Dickson Negeri Sembilan. Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) memfokuskan tentang Keibubapaan Melalui Keselamatan Digital dan kuiz interaktif bersama-sama dengan Puan Ema Shuaida Shuaid, Timbalan Pengarah MCMC Negeri Sembilan dan telah dibantu oleh Kluster PEDi Port Dickson.

Dianggarkan lebih 200 peserta telah hadir yang terdiri daripada ibu bapa tabika KEMAS serta para pengunjung sekitar yang turut memeriahkan pelbagai program yang diadakan. Kerjasama dua hala ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan serta menerima maklumbalas yang positif dalam meningkatkan etika media sosial dan membentuk sikap kawalan kendiri masyarakat ke arah keharmonian alam siber.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali