Kelas Usahawan Rekabentuk Menu Perniagaan

24 Oktober 2023 | Aktiviti Terkini

23 Oktober 2023 – Pengurus PEDi Linggi telah mengajar seorang usahawan yang ingin belajar cara membuat menu bagi perniagaan burger yang baru dibuka. Kelas bermula pada jam 11.00 pagi dengan penerangan mengenai ciri-ciri penting yang perlu ada pada sesebuah menu di mana dengan membuat rekaan yang menarik dapat menarik minat pelanggan serta dengan maklumat yang lengkap ianya dapat memudahkan pelanggan untuk membuat pilihan.

Setelah mengenalpasti ciri-ciri yang penting dan maklumat apa yang ingin dimasukkan ke dalam menu barulah beliau diajar cara membuat menu yang mudah menggunakan Microsoft Powerpoint. Antara yang diajar adalah memasukkan background yang sesuai, memasukkan font dan gambar, menyusun atur dan mencetak. Kelas ditamatkan setelah selesai pada jam 1 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali