STEM Project – Falapping Butterfly
6 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini5 Ogos 2023 – Kelas STEM Project Flapping Butterfly diadakan selepas kelas Aplikasi Paint 3D selesai. Dengan menggunakan gambar rama-rama yang dicetak melalui kelas Aplikasi Paint 3D tadi, peserta diajar cara membuat kraf di mana kepak rama-rama tersebut boleh digerak-gerak kan. Ianya mempunyai fungsi mekanikal di mana secara tidak lansung dapat memupuk minat peserta untuk mengetahui dan mempelajari ilmu kejuruteraan ialah salah satu cabang matapelajaran STEM.
Projek STEM ini di buat berpandukan tutorial yang boleh ditonton di youtube iaitu di link Butterfly Craft | Flapping Butterfly Craft. Pelajar dilihat amat seronok bermain rama-rama ini kerana sayapnya yang boleh digerak- gerakkan. Kelas berlansung selama 2 jam dan dihadiri oleh 2 orang peserta berusia 6 dan 7 tahun.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: