Personal Class Gayathri Permohonan Pendaftaran Permohonan Geran Kewangan MITRA

11 Mei 2023 | Aktiviti Terkini

10 Mei 2023 – Gayathri hadir ke PEDi Linggi untuk belajar cara membuat Permohonan Geran Kewangan MITRA. Ianya merupakan salah satu inisiatif kerajaan yang diberikan kepada kaum India dari golongan B40 yang ingin meningkatkan taraf ekonomi mereka dengan berniaga. Puan Gayathri yang hanya merupakan seorang suri rumah merebut peluang tersebut untuk memulakan perniagaan kedai salun dan khidmat melukis inai.

Beliau diajar cara melayari laman web spgkmitra.jpm.gov.my. Kemudian beliau diminta untuk mencari jenis-jenis bantuan yang bersesuaian untuk dimohon bergantung kepada jenis bantuan dan jenis perniagaan. Seterusnya, tenaga pengajar iaitu Pengurus PEDi Linggi membimbing beliau dengan mengajar cara memasukkan maklumat yang diperlukan sehinggalah ke proses menghantar borang permohonan. Kelas personal ini berlansung selama 1 jam iaitu dari 2.00 petang hinggalah ke jam 3.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali