Softskill - Aktiviti Solidariti Palestine Menghasilkan Bendera Palestin Menggunakan Kertas Warna

30 Oktober 2023 | Aktiviti Terkini

29 Oktober 2023 – Pada jam 3.30 petang, Pengurus PEDi telah mengadakan Aktiviti Softskill Soldariti Palestin – Menghasilkan Bendera Palestine menggunakan kertas warna kepada seorang peserta yang berumur 7 tahun. Ianya diadakan bertujuan untuk menggalakkan perpaduan, simpati, perasaan hormat dan nilai-nilai kemanusiaan dan sebagai tanda kebersamaan Malaysia dan umat Islam khususnya di dalam konflik Palestine – Israel.

Ianya dimulakan dengan membimbing peserta untuk melayari laman web bagi mengambil tahu mengenai konflik yang terjadi antara Palestine dan Israel. Kemudian peserta diajar cara membuat bendera palestin dengan menggunakan kertas warna, gam dan gunting sahaja. Peserta yang seronok dengan aktiviti ini turut menghasilkan sendiri sepanduk dengan menggunakan lukisan dan pensil warna. Kelas berlansung selama satu jam sahaja dan berakhir pada jam 4.30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali