Personal Class Norhaya – Membuat Design Sticker, Barkod Produk & Khidmat Nasihat Pembiayaan Usahawan

8 November 2023 | Aktiviti Terkini

7 November 2023 – PEDi Linggi telah mengadakan kelas personal untuk peserta yang bernama Norhaya bagi membuat design sticker, barkod produk dan mendapatkan khidmat nasihat pembiayaan usahawan melalui TUNS dan SME Bank. Peserta merupakan seorang surirumah dan juga usahawan perniagaan sendiri yang menjual fucuk tauhu kering dengan jenama sendiri iaitu Rempah Asia D & B.

Di dalam kelas ini, peserta dapat mempelajari penghasilan sticker hasil produk sendiri yang menarik. Ianya mampu menaikkan jenama produk sendiri. Selain daripada itu, produk peserta yang mempunyai barkod adalah salah satu pelengkap pada produk yang dijual. Petugas juga memberikan khidmat nasihat pembiayaan usahawan melalui TUNS dan SME Bank bagi memperluaskan lagi produk perniagaan peserta. Selain daripada itu, dapat mengasah peserta mengenai ilmu keusahawanan secara lebih meluas. Kelas telah bermula pada pukul 11.00 pagi hingga 1.00 petang selama 2 jam.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali