Belajar Membuat Stiker Label Menggunakan Pre-Cut Sticker Paper di Ms Word

27 Jun 2023 | Aktiviti Terkini

26 Jun 2023 – Satu kelas personal diadakan bagi mengajar peserta cara membuat Stiker Label sendiri menggunakan Microsoft Word dan Pre-Cut Sticker Paper. Kelebihan membuat sendiri stiker label ini adalah ianya dapat menjimatkan masa dan wang tanpa perlu bersusah payah menempah stiker label di kedai, Stiker Label juga akan lebih kemas jika di cetak menggunakan komputer berbanding tulisan tangan, serta menjimatkan tenaga jika menggunakan Pre-Cut Stiker Paper berbanding stiker A4 yang perlu digunting sendiri walaupun hakikatnya stiker A4 lebih mudah untuk dihasilkan tanpa perlu setting yang banyak.

Pesrta Bernama Anis Najihah ini mahir menggunakan komputer, tetapi tidak berapa mahir menggunakan beberapa fungsi dalam Microsoft Word. Jadi beliau diajar cara-cara membuat stiker ini melalui Mailings-Labels, membuat Options dan cara memasukkan ukuran pre-cut kertas stiker yang digunakan mengikut margin, pitch, height & width serta seterusnya cara memasukkan tulisan, set kertas di pencetak dan cetak. Kelas ini berlansung selama 1 jam.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali