Kelas Typing Menggunakan Microsoft Word
24 Julai 2023 | Aktiviti Terkini23 Julai 2023 – PEDi Linggi telah membuat kelas iaitu Kelas Typing Menggunakan Microsoft Word dan telah dihadiri oleh 4 orang peserta di antara darjah 5, 6 dan tingkatan 1. Kelas telah bermula pada pukul 3.30 petang dan habis pada pukul 4.30 petang selama 1 jam. Kelas ini dibimbing oleh Penolong Pengurus PEDi Linggi. Memandangkan mereka masih tidak mahir menggunakan Microsoft Word, mereka mempelajari selok-belok dan fungsi-fungsi yang ada di dalam Microsoft Word.
Setelah itu, mereka telah diberikan tugasan membuat sebuah karangan untuk ditaip di dalam Microsoft Word iaitu tajuk karangan tersebut adalah Kebaikan Amalan Membaca. Dari situ, mereka dapat membina kecekapan dan mendalami kemahiran menaip dengan pantas menggunakan Microsoft Word.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: