Daftar dan Kemaskini STR 2023 di PEDi

1 April 2023 | Aktiviti Terkini

31 Mac 2023 – STR adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup. Kerajaan telah mengumumkan bahawa pemohon STR harus mendaftar atau mengemaskini maklumat bermula 1 Mac hingga 31 Mac 2023. Oleh itu, ramai lah pemohon telah hadir ke PEDi Linggi untuk mengemaskini atau mendaftar STR sepanjang bulan ini.

Untuk pendaftaran log masuk ke MySTR, pemohon harus memasukkan ID Pengguna iaitu No. MyKad serta mencipta Kata Kunci Keselamatan dan Kata Laluan yang baik sebagai Langkah keselamatan. Staff Pedi Linggi mengambil peluang memberi advokasi Keselamatan Kata Laluan kepada setiap pemohon yang ingin mendaftar. Seramai 45 orang yang telah berjaya membuat permohonan STR 2023 di PEDi Linggi, namun ada juga sebilangan yang hadir tetapi tidak berjaya untuk mendaftar akibat di sekat,lupa kata laluan dan lain-lain hal di mana mereka dinasihatkan oleh petugas PEDi untuk terus merujuk ke pejabat LHDN terdekat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali