Cara mohon STAMPS Hasil Noor Zuliana

30 April 2024 | Aktiviti Terkini

29 April 2024 – Puan Noor Zuliana binti Kamaruddin telah hadir ke NADI Linggi bagi meminta tunjuk ajar dari Pengurus NADI tentang cara membuat permohonan STAMPS Hasil. Tujuan beliau memohon STAMPS hasil adalah bagi membuat penyeteman surat perjanjian jual beli tanah miliknya. Kepentingan Duti Stem ini ialah supaya dokumen dapat disahkan dengan sempurna agar boleh diterima sebagai bukti di mahkamah.

Pengurus NaDi Linggi telah mengajar beliau cara-cara membuat permohonan seperti :
1. Membuat carian di google (https://stamps.hasil.gov.my/stamps/).
2. Cara membuat pendaftaran login id dan mencipta password yang sesuai dan selamat dan pengesahan verifikasi di email.
3. Cara memasukkan maklumat diri dalam profil pengguna.
4. Cara membuat permohonan dengan mengisi semua maklumat yang dikehendaki.
5. Cara scan dan muatnaik dokumen yang diperlukan. Penerangan mengenai punca dokumen gagal dimuatnaik (jenis/ saiz file/ compress).
6. Cara menghantar permohonan yang telah siap.
7. Mencetak dokumen yang perlu.

Kelas ini telah berlansung selama 2 jam, bermula dari 10.00 pagi hingga ke 12.00 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali