Personal Class Rosmina – Membuat Menu Makanan Menggunakan Aplikasi Canva
5 Januari 2024 | Aktiviti Terkini4 Januari 2024 – PEDi Linggi telah mengadakan personal class untuk Rosmina iaitu belajar membuat menu makanan menggunakan aplikasi Canva. Peserta merupakan usahawan peniaga makanan goreng-goreng yang diberi nama Warung Rosham.
Kelas bermula pada jam 2.00 petang dengan memberi tunjuk ajar kepada peserta cara menggunakan aplikasi Canva dengan penerangan mengenai ciri-ciri penting yang perlu ada pada sesebuah menu di mana dengan membuat rekaan yang menarik dengan menggunakan template percuma di dalam aplikasi Canva.
Kelas telah tamat pada jam 4.00 petang. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan di PEDi Linggi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: