Mohon STAMPS Hasil LHDN _Noraida
2 Julai 2024 | Aktiviti Terkini01 Julai 2024 – Puan Noraida binti Suliman telah hadir ke NADI Linggi bagi meminta tunjuk ajar dari Pengurus NADI tentang cara membuat permohonan STAMPS Hasil. Tujuan beliau memohon STAMPS hasil adalah bagi membuat penyeteman Surat Perjanjian Sewa Gerai yang dimohon dari Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson. Kepentingan Duti Stem ini ialah supaya dokumen dapat disahkan dengan sempurna agar boleh diterima sebagai bukti di mahkamah.
Pengurus NaDi Linggi telah mengajar beliau cara-cara membuat permohonan seperti :
1. Membuat carian di google (https://stamps.hasil.gov.my/stamps/).
2. Cara membuat pendaftaran login id dan mencipta password yang sesuai dan selamat dan pengesahan verifikasi di email.
3. Cara memasukkan maklumat diri dalam profil pengguna.
4. Cara membuat permohonan dengan mengisi semua maklumat yang dikehendaki.
5. Cara scan dan muatnaik dokumen yang diperlukan. Penerangan mengenai punca dokumen gagal dimuatnaik (jenis/ saiz file/ compress).
6. Cara menghantar permohonan yang telah siap.
7. Mencetak dokumen yang perlu.
Kelas ini telah berlansung selama 1 jam, bermula dari 12.00 tengah hari hingga ke 1.00 tengah hari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: